Saturday, September 14, 2013

PELAKON DIPENTAS DUNIA...


Berjalan sendirian di bumi bertuah ini
Menyusuri liku-liku kehidupan
Ditemani oleh kehijauan alam semula jadi
Indahnya ciptaan Tuhan
Langit yang membiru
Memberikan seribu ketenangan dijiwa
Sinaran matahari yang memancar
Menerangi alam semesta
Sinaran bulan dan bintang dimalam hari
Mencantikkan lagi malam yang kelam dan suram
Termenung sejenak
Menginsafi diri
Berfikir tentang kisah kehidupan ini
Penuh liku-liku
Penuh onak dan duri
Terkadang kita tersasar dari landasan
Betapa goyahnya iman didada
tatkala diri diuji dan di duga
Manusia pelakon dipentas dunia
Boleh memilih untuk menjadi pelakon yang bagaimana
Insaflah diri
kerana hidup kita di dunia ini hanyalah sementara
Jauh lagi perjalanan ini
Untuk mengejar hidup yg kekal abadi...




No comments:

Post a Comment