Saturday, September 14, 2013

Pahitnya menerima kegagalan...

Apabila manusia berhadapan dgn kegagalan,kita pasti akan menjadi lemah..kita pasti menjadi tidak berdaya, tidak bermaya.Kadangkala kita akan merasakan bahawa tidak ada lagi kehidupan ini.Diri akan merasakan seolah-olah tidak lagi beerti.Pernahkah kita terfikir,kenapa apabila kita gagal..kita sukar untuk menerima kenyataan.Sememangnya lumrah manusia yang selalu inginkan kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan ini.Hati kita akan berasa sangat gembira apabila sesuatu yg kita lakukan mencapai kejayaan tetapi hati akan berasa sedih apabila menerima kegagalan.
Sebenarnya, berapa kali pun kita pernah gagal dalam hidup ini kita sepatutnye bersyukur kepada DIA yang menciptakan kita.Tapi kenapa?sebabnya kegagalan itu mungkin salah satu cara ujian yang Allah berikan kepada umatNya untuk menguji sejauh mana iman seseorang hambaNya.Semakin banyak ujian yg Allah beri semakin dekat kita dengan Pencipta.xperlu  bersedih, xperlu meratapi kegagalan. Apa yg penting,kita perlu bangkit semula. Selalulah muhasabah diri dan yakinlah bahawa setiap apa yg telah Allah aturkan buat kita adalah sebaik-baik takdir yg diberi utk kita.(",)

No comments:

Post a Comment