Saturday, February 27, 2010

Jom tukar stress jd postif

Stress oh stress...sebut je pasal stress..confirm sume org penah alaminya kan..stress berlaku sebab bnyk perkara...mungkin sebab timbunan keje yg banyak,tekanan hdp n ape aje yg blh wat kita jd stress..so..penah tak kita terfikir utk jd kan stress itu stu perkara yg positif...bagaimana nak jadikan stress kita positif. Caranya mudah saje..


Pandang ke atas. Yakin stress adalah sbg satu rahmat Allah S.W.T. menegur diri dan mengaku bahawa punca stress adalah kerana rentetan maksiat yang anda buat sblm ini. Dosa kepada Allah S.W.T dan dosa kpd manusia sudah pasti menjadi pencetus tekanan-tekanan di sekitar diri anda. Sebenarnya musibah itu menghantar mesej rahmat Allah S.W.T kepada manusia supaya mereka tidak melupakan kuasa Allah S.W.T dalam menjalani onak dan duri kehidupan. Sesungguhnya air mata yg jatuh jika dikumpulkan bersama ilmu akan menjadi mutiara-mutiara yang berharga. Bukankah Rasullullah S.A.W kerap menangis mengadu kpd Allah S.W.T saat ujian berat menghalang? Tetapi tangisan itu tidak sesekali melemahkan bahkan menjadi daya penolak ke puncak kejayaan.
Jangan pandang belakang. Putus asa dan stress amat berkait rapat dengan memori duka sedangkan masa lalu yang suram tidak membawa sebarang kebaikan utk masa depan anda., org yg stress biasanya memiliki rasa keyakinan diri yg rendah, pesimis, malas, takut, sentiasa berfikiran negatif. Sikap ini disemai oleh persekitaran. Tetapi jgn slhkan sesiapa pun disekeliling anda krn anda telah dibekalkan akal fikiran, hati, mata dan telinga untuk memilih yg positif dr yg negatif.Jgn pandang ke belakang. Pilihlah ransangn yg lbh positif utk membntk peibadi yg lbh baik secara semulajadi.
Pandang ke bwh. Jika anda di landa stress cubalah ingat nikmat Allah S.W.T yg telah anda miliki sekarang. Tidakkah itu ckp berbaloi dibndingkn dgn ujia yg sedikit shj. Tdk malukah kita merungut dgn musibah yg sedikit dan lupa dgn nikmat yg bnyk itu?, hayati sabda Rasulullah S.A.W yg bermksd 'lihatlah org yg berada di bwhmu, jgn melihat kpd yg diatsmu Yg demikian itu lbh baik utkmu agar kamu tdk menganggap remeh nikmat Allah yg telah dikurniakan kpdmu' ( hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim ).

So..renungkan2lah..stress blh diubah dgn mensyukuri hdp dan menyayangi diri sendiri. Setiap musibah yg berlaku pasti ada hikmah yg tersendri. Allah S.W.T tdk akan menguji umatnya di luar kemampuannya...

Monday, February 8, 2010

pengalaman...





Aktiviti semasa program

5 smp 7 aribulan Feb tadi, aku dan kawan-kawan yang lain wat program kepimpinan kat sebuah sekolah di Hulu Langat. Alhamdulillah, sume ok. Walaupun banyak kekurangannya, namun bagi aku itu sume adalah pengalaman yang aku dapat agar lebih matang dalam mengendalikan program.

Sebenarnya mengendalikan sesuatu program bukan mudah kerana banyak perkara yang perlu difikirkan. Aku tahu masih banyak perkara lagi yang terpaksa pelajari. Namun ini adalah salah satu ilmu yang sangat bernilai buat aku. Perjalanan hidup ini masih panjang lagi. Ini hanyalah sebahagian daripada cabaran-cabaran yang terpaksa aku lalui. Buat kawan-kawan yang bersama-sama wat program ngan aku, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sbb korang dah memberi kerjasama yang baik. Ape-ape pun yang baik itu datang daripadaNya dan yang buruk itu datang dari kelemahan kami sendiri.










Monday, February 1, 2010

kaunselor berjaya...

Kauselor berjaya apabila mereka...
1. Berbolehan merasai dengan tepat (accurate empathy) apa yang dirasai oleh mereka yang ingin ditolong. Kesilapan dalam perkara ini akan merumitkan kerja guru bimbingan dan mungkin mendatangkan bahaya di luar dugaan.
2.Berkebolehan berlaku jujur dalam hubungannya dengan pelajar. Pelajar tersebut mestilah diterima sebagai seorang manusia yang bermaruah dan mempunyai harga diri.
3. Mewujudkan rasa mesra serta suasana tenteram bagi menimbulkan rasa selamat dan rasa percaya pada para pelajar.

sumber diperolehi : Google

Ciri-ciri seorang kaunselor

Seorang kaunselor perlu lah mempunyai ciri-ciri:-
1. Mempunyai ilmu dan kepakaran yang tertentu dalam bidang kaunseling.
2. Mempunyai pengetahuan dalam bidang perkembangan psikologi kanak- kanak dan remaja.
3. Mempunyai keyakinan diri dan percaya kepada kebolehan orang lain.
4. Mempunyai kredibiliti tinggi, iaitu boleh dipercayai.
5. Mampu mengurangkan risiko semasa proses kaunseling.
6. Mempunyai sifat terbuka dalam menghadapi sesuatu isu.
7. Sanggup melibatkan diri dalam masalah klien.
8. Amanah, jujur dan ikhlas.
9. Bersikap terus-terang, tegas dan tidak menyembunyikan sesuatu.
10. Tidak mempunyai syak wasangka terhadap klien.
11. Mempunyai sifat sejati seperti ketepatan dalam pernyataan dan dalam tingkah lakunya.
12. Bijak melayani klien dan boleh mewujudkan suasana mesra, iaitu dengan menggunakan perkataan yang lembut dan menarik hati.
13. Berprihatin, bersimpati dan peka kepada perasaan kliennya.
14. Persepsi kaunselor terhadap hubungan dengan klien mestilah positif.
15. Mempunyai beberapa kemahiran seperti mendengar, memimpin, mentafsir, merumus dan menyampaikan maklumat.
16. Kebolehan berfikir lebih jauh daripada klien.
17. Kebolehan menentukan objektif jangka pendek dalam sesuatu perkara dan berupaya menjalankan sesuatu tumuduga.
18. Kebolehan menyampaikan idea dan menganalisis perasaan klien.
19. Sabar dan tidak jemu dengan sesi kaunseling.
20. Peramah dan tidak sombong.
21. Mengutamakan kebajikan klien.
22. Mempunyai fikiran yang waras, sihat dan emosi yang stabil.


Menurut Carl Rogers, ciri-ciri kaunselor ialah :
1. Penerimaan dan kemesraan
2. Tidak menghukum
3. Ketulenan
4. Ketepatan

Orang berjaya punya sikap yang berbeza...


Setiap kejayaan pasti ada kegagalan.
Namun, bagi orang-orang yang ingin mencapai kejayaan
mereka tidak pernah kenal erti putus asa...
Mereka ini punya sikap yang berbeza...
seseorang yang berjaya punya sikap..

1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.
Orang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut atau mengomplen sebab mereka tahu tak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar, kesusahan tu hanya sementara.

2. Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.
Orang berjaya bekerja dalam masa yang lebih lama dari orang lain, biasanya mereka bekerja lebih dari 12 jam sehari, bahkan tak mustahil mencapai 16 jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh bekerja lebih lama. Dia biasanya bangun lebih awal dari orang lain, tidur lebih lambat dari orang lain.

3. Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.
Orang berjaya tak akan pernah berhenti bekerja dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti-cuti, tidak ada perkataan relaks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.
Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, pada waktu sembahyang, pada waktu makan.Orang berjaya – sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai, masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria untuk mencapai kejayaan idaman mereka.
sumber di perolehi : Google