Thursday, January 21, 2010

Anda adalah penulis hidup anda...


Sedarkah kita bahawa kita sebenarnya penulis kepada kehidupan kita.Kadangkala kita lupa tentang perkara ini. Kita sering mengatakan dan menyalahkan orang lain atas sesuatu yang terjadi pada diri kita hari ini kerana kita merasakan itu semua terjadi bukan seperti yang kita inginkan.Ubah situasi itu. Fikirkan jika kita punya hak untuk setiap hari kita, jadi tulislah ‘diari harian’ kita sebaik mungkin seperti yang kita mahukan. Kita berhak menentukan apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini.
Seperti juga diari yang kosong. Esok adalah hari baru dan masih kosong ruangnya. Hari ini adalah hari ini. Hari esok adalah satu hari baru. Dan masih kosong! Kita berhak untuk mencorakkannya seperti mana yang kita mahukan dan bertanggungjawab ke atas coretan tersebut. Buat keputusan untuk kehidupan sendiri...nikmati hidup ini sementara ada waktu.
sumber diperolehi : Google

No comments:

Post a Comment